Welcome to the Hands of Love

Let's lend our helping hands to save the planet earth and those who are less fortunate.We can heal the world and make it a better place to live.
It's all in the hands of love. We can make the difference!

Friday, November 18, 2011

Background of Tabung Susu Project

PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN

Latar Belakang

Projek Tabung Susu untuk anak yatim dan fakir miskin ini telah dianjurkan oleh Puan Elly dari blog SanggarSuri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/ dengan bantuan dari bloggers dan individu lain yang perihatin. Ianya tercetus apabila saudari Elly sendiri melihat nasib kanak-kanak yang tidak dapat menerima bekalan susu dimana ibubapa mereka tidak mampu untuk membeli susu tepung untuk anak-anak mereka. Oleh kerana kehidupan mereka agak daif dan miskin, kebanyakkan kanak-kanak ini diberi minum air sirap atau  campuran susu pekat yang dicairkan sebagai ganti.
Bermula pada November 2009, sebagai individu saya terpanggil untuk membantu saudari Elly setelah membaca kisah ini di blognya. Dengan mewawarkan projek ini kepada sahabat handai dan saudara-mara, kini terdapat lebih kurang 30 orang yang sudi memberi sumbangan setiap bulan secara istiqomah untuk projek Tabung Susu.


Objektif
Tujuan utama projek ini adalah untuk membantu kanak-kanak yang tergolong dari kalangan anak yatim atau fakir miskin yang beumur berumur 4 tahun kebawah, terutamanya kanak-kanak yang baru bercerai susu ibu yang berumur didalam linkungan 2 tahun untuk mendapat bekalan susu yang secukupnya.
Tedapat juga kes-kes tertentu dimana susu disumbangkan kepada anak-anak Orang kurang Upaya (OKU).

Maklumat Tentang Susu
  • Susu yang kami bekalkan adalah dari pembekal susu muslim iaitu Halib's yang dulunya dikenali sebagai Raudhah.
  • Ianya dibangunkan sepenuhnya oleh Bumiputera Muslim di Malaysia dan diproses mengikut Amalan Pengilangan Islam / Islam Manufacturing Practise (IMP) yang berkonsepkan Halalan Thoiyyiba.
  • Difahamkan susu ini bukan sahaja diformulakan semula dan diperkaya dengan DHA dan AHA malah ianya mengandungi Kalsium, Kismis dan Kurma.
  • Setiap pekerjanya akan mengambil wuduk dan berdoa semasa memproses susu untuk kesejahteraan anak- anak yang meminum susu ini.
Senarai Penerima Tabung Susu

Berikut adalah senarai pihak yang menerima susu daripada charity group ini.
Bil
Penerima Susu
Jumlah Anak yang menerima susu
Bilangan Susu yang diserahkan (paket)
Pengantara
1)
Keluarga ibu tunggal & miskin di bawah naungan Baitul Fitrah, Bandar Country Homes, Rawang.
5 orang
20
Pn Nadia 012-3751444 Zaphir 013-9219866
2)
Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Teluk Intan.
4 orang
16
Pn Rohana
013-4550013
3)
Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin, Redang Panjang, Batu Kurau, Perak.
7 orang
28
En Jamaluddin
019-5414673
4)
Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin,Lenggong, Perak.
5 orang
20
Cikgu Shahrizan
010-3850601/
013-4847732
5)
Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin, kawasan Pulau Pinang.
Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah
Di sebelah no 60, Sungai Pinang Village Area 11010 Balik Pulau Pulau pinang
(Puan Rohani 04-8661244)
2 orang
8
Norhana 013-4226553



6)
Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin, kawasan Pasir Mas
4 orang
16
Cikgu Suzana 0199859571
bermula FEB 2011
7)
Keluarga Fakir Miskin, Jeli, Kelantan: 017-9271410 (Azizah Awang Lah-ibu penerima, anak 10 orang)
2 orang
8


-
8)
Keluarga Fakir Miskin, Flat Kayu Ara: Pn Umi (017-2365014-ibu tunggal kematian suami, 4 anak berumur 3 bulan hingga 11 tahun)-bermula OGOS 2011
1 orang
4


-
9)
Keluarga Fakir Miskin, Lembah Subang (12susu/3anak)
i)     En Zainal (016-6247209-bapa penerima, 3 anak, seorang anaknya cacat penglihatan)(4susu/1anak)
ii)   Nashanida bt Mohd Raus (OKU), anak yatim, ibu mualaf (4susu/1anak)
iii)  Norbiazura, ibu tunggal 3 anak
iv)                  (10, 7, 2 tahun)(4susu/1anak)
    bermula OKTOBER 2011
3 orang
12
En Nizam dan Puan Elly
012-3614014


Jumlah Penerima Susu (anak)
33 orang

Jumlah Susu  yang di beli (paket)           
132 paket

Kos Susu
(termasuk kos pengantaran dan pengurusan)
RM2,442 (RM18.50 X 132 paket)



Cara-cara Untuk Membantu

1.    Menjadi penyumbang tetap RM74/anak yatim & miskin setiap bulan untuk kos
pembelian dan penghantaran 4 paket susu untuk seorang anak yatim/miskin; atau
2.    Sedekah seikhlas yang mampu ke dalam Tabung Susu yang akan dikumpulkan untuk menampung pembelian; atau
3.    Membeli sambil beramal. Setiap susu tepung penuh krim Halib's yang dijual dengan harga  RM22.90(WM)/RM24.90(EM) dimana RM1 bagi setiap pembelian akan disalurkan ke dalam Tabung Susu untuk Anak Yatim & Fakir Miskin. Untuk pembelian susu Halib’s sila lawati www.eksekutifsuri.com

Maklumat Terkini
Projek ini telah dijalankan secara telus di mana penyumbang-penyumbang diberikan maklumat terkini dari masa kesemasa tentang perkembangan dan status Tabung Susu.  Alhamdullillah, dengan sokongan masyarakat yang perhatin, projek ini telah mula mendapat perhatian dari stesyen TV Al-Hijrah pada December 2010. Berikut adalah diantara liputan telah dijalankan oleh TV Al-Hijrah:
BBb                         Bil.
Tarikh
Rancangan
Aktiviti
1)
Disember 2010
Sinar Baru
Ziarah keluarga Puan Hasnah (Opah yang menjaga 12 orang cucu) di Bukit Kuda, Klang dan penyerahan susu kepada keluarga Abang Zainal Abidin di Pangsapuri PPRT Lembah Subang, Petaling Jaya Selangor.
2)
August 2011
Assalamualaikum
Temual dengan bloger Puan Elly dan rakan yang menyokong usahanya dalam projek Tabung Susu.
3)
September 2011
Assalamualaikum
Puan Hasnah dan beberapa orang cucunya bersama penyokong charity team ini telah diundang khas untuk ditemual dalam rancangan Assalamualaikum.
4)
November 2011
Majalah Islam
Penyerahan susu kepada keluarga adik Nur Azwa Shakira di Pangsapuri PPRT Lembah Subang  Petaling Jaya Selangor.


Pengumbulan Barang-Barang Terpakai ke Baling Kedah - Nov 2011

Salam
Pengumpulan barang-barang untuk fakir miskin di Baling kembali lagi. Jadi kepada sesiapa yang ingin menderma barang-barang terpakai yang masih elok seperti pakaian, pinggan mangkuk, barang letrik dan lain-lain bolehlah diserahkan kepada saya sebelum atau pada Jumaat 18 November 2011. Sila pastikan kesemua barang-barang yang ingin didermakan kepada fakir miskin berada dalam keadaan yang baik.

Tarikh akhir penghantaran barang-barang ke Dewan MBSA Subang Permai adalah pada hari Rabu, 23 November 2011. Kepada sesiapa yang ingin menghantar barang-barang terus ke Dewan MBSA Subang Permai bolehlah berbuat demikian ke alamat seperti di bawah:

Dewan MBSA Desa Subang Permai
No.6 Jalan Alfa U6/2 Seksyen U6
Desa Subang Permai
Shah Alam

Operation Hours (7 days a week)
Open : 7 am
Close:  10 pm

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya ditalian 013-3603494 atau email terus ke suzana.hulaimi@gmail.com.

Background 'Pengumpulan Barang-Barang Terpakai ke Baling Kedah'

Latar Belakang:
Aktivti pengumpulan barang-barang terpakai ke Baling, Kedah telah dijalankan semenjak tahun 2007 oleh blogger Puan Siti Fadzilah Abdul Manap melalui laman blognya www.aljauhar2.blogspot.com. Kebanyakkan barang-barang yang di sumbangkan terdiri daripada pakaian, pinggan mangkuk,barangan elektrik dan juga mainan. Kesemua barang-barang terpakai ini hendaklah dipastikan masih elok dan boleh berfungsi dengan baik sebelum di hantar ke pusat pemgumpulan.. Pihak pengurusan akan berurusan dengan lori untuk menghantar barang-barang terpakai ini ke Baling Kedah.  Bermula pada tahun 2009, saya juga turut membantu Puan Siti dengan mewawarkan berita pengumpulan barang-barang terpakai ini kepada rakan-rakan dan saudara-mara.

Tujuan:
Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk mengumpul barang-barang terpakai yang masih elok untuk disumbangkan kepada golongan fakir miskin di Baling Kedah.

Kekerapan:
Pengumpulan barangan terpakai yang masih elok ini dijalankan pada setiap dua (2) bulan sekali. Ianya mengikut permintaan selagi mana ada barangan terpakai yang masih elok untuk di hantar ke Baling, Kedah.

Tempat:
Tempat pengumpulan barang-barang terpakai adalah di Dewan MBSA Desa Subang Permai, No. 6 Jalan Alfa U6/2 Seksyen U6, Desa Subang Permai, Shah Alam.