Welcome to the Hands of Love

Let's lend our helping hands to save the planet earth and those who are less fortunate.We can heal the world and make it a better place to live.
It's all in the hands of love. We can make the difference!

Friday, November 18, 2011

Background 'Pengumpulan Barang-Barang Terpakai ke Baling Kedah'

Latar Belakang:
Aktivti pengumpulan barang-barang terpakai ke Baling, Kedah telah dijalankan semenjak tahun 2007 oleh blogger Puan Siti Fadzilah Abdul Manap melalui laman blognya www.aljauhar2.blogspot.com. Kebanyakkan barang-barang yang di sumbangkan terdiri daripada pakaian, pinggan mangkuk,barangan elektrik dan juga mainan. Kesemua barang-barang terpakai ini hendaklah dipastikan masih elok dan boleh berfungsi dengan baik sebelum di hantar ke pusat pemgumpulan.. Pihak pengurusan akan berurusan dengan lori untuk menghantar barang-barang terpakai ini ke Baling Kedah.  Bermula pada tahun 2009, saya juga turut membantu Puan Siti dengan mewawarkan berita pengumpulan barang-barang terpakai ini kepada rakan-rakan dan saudara-mara.

Tujuan:
Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk mengumpul barang-barang terpakai yang masih elok untuk disumbangkan kepada golongan fakir miskin di Baling Kedah.

Kekerapan:
Pengumpulan barangan terpakai yang masih elok ini dijalankan pada setiap dua (2) bulan sekali. Ianya mengikut permintaan selagi mana ada barangan terpakai yang masih elok untuk di hantar ke Baling, Kedah.

Tempat:
Tempat pengumpulan barang-barang terpakai adalah di Dewan MBSA Desa Subang Permai, No. 6 Jalan Alfa U6/2 Seksyen U6, Desa Subang Permai, Shah Alam.

No comments:

Post a Comment