PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN
Latar Belakang
Projek Tabung Susu untuk anak yatim dan fakir miskin ini telah dianjurkan oleh Puan Elly dari blog SanggarSuri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/ dengan bantuan dari bloggers dan individu lain yang perihatin. Ianya tercetus apabila saudari Elly sendiri melihat nasib kanak-kanak yang tidak dapat menerima bekalan susu dimana ibubapa mereka tidak mampu untuk membeli susu tepung untuk anak-anak mereka. Oleh kerana kehidupan mereka agak daif dan miskin, kebanyakkan kanak-kanak ini diberi minum air sirap atau campuran susu pekat yang dicairkan sebagai ganti.
Projek Tabung Susu untuk anak yatim dan fakir miskin ini telah dianjurkan oleh Puan Elly dari blog SanggarSuri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/ dengan bantuan dari bloggers dan individu lain yang perihatin. Ianya tercetus apabila saudari Elly sendiri melihat nasib kanak-kanak yang tidak dapat menerima bekalan susu dimana ibubapa mereka tidak mampu untuk membeli susu tepung untuk anak-anak mereka. Oleh kerana kehidupan mereka agak daif dan miskin, kebanyakkan kanak-kanak ini diberi minum air sirap atau campuran susu pekat yang dicairkan sebagai ganti.
Bermula pada November 2009, sebagai individu saya terpanggil untuk membantu saudari Elly setelah membaca kisah ini di blognya. Dengan mewawarkan projek ini kepada sahabat handai dan saudara-mara, kini terdapat lebih kurang 30 orang yang sudi memberi sumbangan setiap bulan secara istiqomah untuk projek Tabung Susu.
Objektif
Objektif
Tujuan utama projek ini adalah untuk membantu kanak-kanak yang tergolong dari kalangan anak yatim atau fakir miskin yang beumur berumur 4 tahun kebawah, terutamanya kanak-kanak yang baru bercerai susu ibu yang berumur didalam linkungan 2 tahun untuk mendapat bekalan susu yang secukupnya.
Tedapat juga kes-kes tertentu dimana susu disumbangkan kepada anak-anak Orang kurang Upaya (OKU).
Maklumat Tentang Susu
- Susu yang kami bekalkan adalah dari pembekal susu muslim iaitu Halib's yang dulunya dikenali sebagai Raudhah.
- Ianya dibangunkan sepenuhnya oleh Bumiputera Muslim di Malaysia dan diproses mengikut Amalan Pengilangan Islam / Islam Manufacturing Practise (IMP) yang berkonsepkan Halalan Thoiyyiba.
- Difahamkan susu ini bukan sahaja diformulakan semula dan diperkaya dengan DHA dan AHA malah ianya mengandungi Kalsium, Kismis dan Kurma.
- Setiap pekerjanya akan mengambil wuduk dan berdoa semasa memproses susu untuk kesejahteraan anak- anak yang meminum susu ini.
Berikut adalah senarai pihak yang menerima susu daripada charity group ini.
Bil | Penerima Susu | Jumlah Anak yang menerima susu | Bilangan Susu yang diserahkan (paket) | Pengantara |
1) | Keluarga ibu tunggal & miskin di bawah naungan Baitul Fitrah, Bandar Country Homes, Rawang. | 5 orang | 20 | Pn Nadia 012-3751444 Zaphir 013-9219866 |
2) | Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Teluk Intan. | 4 orang | 16 | Pn Rohana 013-4550013 |
3) | Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin, Redang Panjang, Batu Kurau, Perak. | 7 orang | 28 | En Jamaluddin 019-5414673 |
4) | Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin,Lenggong, Perak. | 5 orang | 20 | Cikgu Shahrizan 010-3850601/ 013-4847732 |
5) | Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin, kawasan Pulau Pinang. Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah Di sebelah no 60, Sungai Pinang Village Area 11010 Balik Pulau Pulau pinang (Puan Rohani 04-8661244) | 2 orang | 8 | Norhana 013-4226553 |
6) | Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin, kawasan Pasir Mas | 4 orang | 16 | Cikgu Suzana 0199859571 bermula FEB 2011 |
7) | Keluarga Fakir Miskin, Jeli, Kelantan: 017-9271410 (Azizah Awang Lah-ibu penerima, anak 10 orang) | 2 orang | 8 | - |
8) | Keluarga Fakir Miskin, Flat Kayu Ara: Pn Umi (017-2365014-ibu tunggal kematian suami, 4 anak berumur 3 bulan hingga 11 tahun)-bermula OGOS 2011 | 1 orang | 4 | - |
9) | Keluarga Fakir Miskin, Lembah Subang (12susu/3anak) i) En Zainal (016-6247209-bapa penerima, 3 anak, seorang anaknya cacat penglihatan)(4susu/1anak) ii) Nashanida bt Mohd Raus (OKU), anak yatim, ibu mualaf (4susu/1anak) iii) Norbiazura, ibu tunggal 3 anak iv) (10, 7, 2 tahun)(4susu/1anak) bermula OKTOBER 2011 | 3 orang | 12 | En Nizam dan Puan Elly 012-3614014 |
Jumlah Penerima Susu (anak) | 33 orang |
Jumlah Susu yang di beli (paket) | 132 paket |
Kos Susu (termasuk kos pengantaran dan pengurusan) | RM2,442 (RM18.50 X 132 paket) |
Cara-cara Untuk Membantu
1. Menjadi penyumbang tetap RM74/anak yatim & miskin setiap bulan untuk kos
pembelian dan penghantaran 4 paket susu untuk seorang anak yatim/miskin; atau
2. Sedekah seikhlas yang mampu ke dalam Tabung Susu yang akan dikumpulkan untuk menampung pembelian; atau
3. Membeli sambil beramal. Setiap susu tepung penuh krim Halib's yang dijual dengan harga RM22.90(WM)/RM24.90(EM) dimana RM1 bagi setiap pembelian akan disalurkan ke dalam Tabung Susu untuk Anak Yatim & Fakir Miskin. Untuk pembelian susu Halib’s sila lawati www.eksekutifsuri.com
Maklumat Terkini
Projek ini telah dijalankan secara telus di mana penyumbang-penyumbang diberikan maklumat terkini dari masa kesemasa tentang perkembangan dan status Tabung Susu. Alhamdullillah, dengan sokongan masyarakat yang perhatin, projek ini telah mula mendapat perhatian dari stesyen TV Al-Hijrah pada December 2010. Berikut adalah diantara liputan telah dijalankan oleh TV Al-Hijrah:
BBb Bil. | Tarikh | Rancangan | Aktiviti |
1) | Disember 2010 | Sinar Baru | Ziarah keluarga Puan Hasnah (Opah yang menjaga 12 orang cucu) di Bukit Kuda, Klang dan penyerahan susu kepada keluarga Abang Zainal Abidin di Pangsapuri PPRT Lembah Subang, Petaling Jaya Selangor. |
2) | August 2011 | Assalamualaikum | Temual dengan bloger Puan Elly dan rakan yang menyokong usahanya dalam projek Tabung Susu. |
3) | September 2011 | Assalamualaikum | Puan Hasnah dan beberapa orang cucunya bersama penyokong charity team ini telah diundang khas untuk ditemual dalam rancangan Assalamualaikum. |
4) | November 2011 | Majalah Islam | Penyerahan susu kepada keluarga adik Nur Azwa Shakira di Pangsapuri PPRT Lembah Subang Petaling Jaya Selangor. |