Projek Tabung Susu Untuk Anak Yatim & Fakir Miskin (update as at August 2012)
"......kami lebih risau fikirkan macam mana nk beli beras, tak
sempat nak fikir pasal nak beli susu..." Mat Zuki, nelayan anak 7 (umur
2-20tahun), Kelantan (6 Feb 2012)... insya-Allah ada rezeki Tabung Susu akan
sampai ke sana.. sokongan sahabat2 diperlukan agar lebih ramai anak2 kecil ini
dapat membesar dengan sempurna..amin..
PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM
& FAKIR MISKIN
Latar Belakang
Projek Tabung Susu ini tercetus drp kisah2 yang menyentuh hati anak2 yatim &
miskin yang kami temui sepanjang ziarah amal. Ada antara mereka yang diberikan
susu campuran susu pekat yang dicairkan sahaja. Kebanyakan mereka tidak
meneruskan pengambilan susu selepas habis tempoh menyusu dgn susu ibu. Ada
antara mereka yang kekurangan zat akibat berhenti menyusu lebih awal drp
sepatutnya. Tambah malang lagi, ada di kalangan penerima susu ini yang terdiri
drp anak2 yg ditinggalkan ibu sejak berumur bbrp hari lg.
Rentetan drp kisah2 yang dikongsi di blog ini, maka tercetuslah idea untuk
mengumpul dana bagi membeli dan mengagih2kan bekalan susu ke kawasan2
perkampungan terpencil & kawasan2 miskin di bandar, dan juga di beberapa buah
rumah anak yatim.
Projek ini bermula pada bulan Oktober 2009. Anjuran Eksekutifsuri.com
(SanggarSuri) dengan kerjasama rakan2 FB, bloggers & egroups terutama drp
UmmikuSayang Charity Team, Al-Jauhar & d'Redang dan juga dibantu secara
istiqamah oleh sahabat kami, Puan Wan Noorbaya Wan Chik & Puan Suzana
Hulaimi bersama rakan2nya.
Terima kasih pada sukarelawan yg membantu mengagih2kan bekalan susu ke pelosok2
kampung & kawasan2 miskin bandar, yang sudah tentunya memerlukan
pengorbanan masa & tenaga, antaranya En Nizam (Subang, KL, Klang); En
Jamaluddin (Redang Panjang, Perak); En Zaphir (Rawang, Selangor); Cikgu
Shahrizan ( Lenggong); Cikgu Suzana (Pasir Mas, Kelantan); Pn Norhana
(P.Pinang); Cik Noranita (Tanah Merah, Kelantan). Semoga Allah membalas usaha
sahabat2 dengan menganugerahkan kehidupan yg penuh keberkatan. Amin
Matlamat
Projek
Tabung Susu dilancarkan
bertujuan untuk mengumpul dana bagi membiayai kos pembelian susu untuk
anak-anak kecil di kalangan keluarga miskin dan rumah2 anak yatim
& fakir miskin agar bekalan susu dapat disediakan secara tetap setiap
bulan.
Alhamdulillah proses penyerahan untuk setiap bulan dapat diselesaikan walaupun
terdapat beberapa halangan dan kami terpaksa membeli susu secara berperingkat
mengikut dana yang ada. Akibat kutipan dana yang tidak tetap setiap bulan,
proses penghantaran susu juga terjejas, dan kadang2 pengagihan susu diberikan
sekadar sedikit seorang tapi sama merasa.
Namun kami berharap Projek Tabung Susu yang
sudah hampir 3 tahun dijalankan ini akan berjalan lancar untuk tahun2
seterusnya. Kami akan berusaha memastikan proses penyerahan dapat dijalankan
pada setiap bulan. Sekiranya dana tidak mencukupi kami akan berusaha
mendapatkan dana daripada sumber lain termasuk simpanan Tabung Suri (rujuk http://www.eksekutifsuri.com/).
Bagi mengatasi masalah ini, pemberian susu bermula Ogos 2010 hanya diutamakan
kepada kanak-kanak berusia bawah 4 tahun, keutamaan kepada anak2 baru
bercerai susu ibu dlm lingkungan 2 tahun. Ada juga kes2 tertentu susu
disumbangkan juga kepada anak2 OKU.
MAKLUMAT SUSU
Salah satu faktor terpenting kenapa
susu ini dipilih ialah Susu Halib's keluaran IMP (Islamic Manufacturer
Practice) berkonsepkan Halalan Thoiyiba yg dibangunkan sepenuhnya oleh
Bumiputera Muslim di Malaysia dan diproses mengikut Amalan Pengilangan Islam/Islamic
Manufacturer Practise (IMP) yang berkonsepkan Halalan Thoiyyiba.
Setiap pekerjanya akan mengambil wuduk dan berdoa semasa memproses susu untuk
kesejahteraan anak-anak yang meminum susu ini. Alhamdulillah dgn resipi
tambahan (doa & amalan IMP) serta keberkatan perkongsian rezeki kita, anak2
yg meminum susu ini bukan sahaja membesar dgn sihat, malah akhlak & minat
mereka pada ibadah semakin mendalam.
(Lihat Testimoni di bawah)
Susu ini bukan sahaja diformulakan semula dan diperkaya dengan DHA dan AHA
malah ia juga mengandungi Kalsium, Kismis dan Kurma.
Kismis
Menurut pandangan pakar-pakar pembangunan kanak-kanak, kismis mempunyai banyak
khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalsium yang merupakan
nutrisi penting untuk badan. Kismis juga mempunyai kandungan gula daripada buah
yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak. Kajian
juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium
membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
Kurma
Kurma ialah sejenis tumbuhan yang dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai
Phonex dactylifera. Kajian sains membuktikan buah kurma kaya dengan unsur zat
besi dan kalsium.Kanak-kanak amat digalakkan memakan buah kurma kerana ia dapat
membantu dari segi proses pembesaran dan pembentukan minda kanak-kanak.
Seaweed Calsium
Seaweed Calsium diekstrak daripada rumpai laut yang merupakan kalsium organik
yang paling mudah diserap olh tubuh kita. Ia merupakan sumber kalsium yang baik
dan efektif untuk tubuh berbanding sumber kalsium yang lain.
L-Lysine
L-Lysine merupakan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita. Ia
amat diperlukan oleh tubuh kerana ia membantu dalam penyerapan kalsium.
TESTIMONI
1. Pn Rohana (Penjaga RTAR)
"Alhamdulillah budak2 ni dah semakin sihat & badan dah
bersemangat. Susu ni jadi makanan tambahan kalau ada penghuni yang demam, kami
cepat2 bagi susu ni dan Alhamdulillah cepat sembuh"
2. Pn Umi (Kg Sg Ara)
"Syukur sangat2..anak2 saya bukan sahaja sihat tapi senang nak didik. Dulu
nak kena suruh2, sekarang tak perlu suruh, dengan sendiri suka mengaji dan
solat. Menghafal pun senang. Anak yg umur 4 tahun dah dapat hafaz surah
Kursi"
3. En Jamaluddin (pengantara negeri Perak)
"Alhamdulillah anak2 yang terima susu ni semakin sihat. Mana2 yang selalu
sakit dah sihat. Orang2 tua yang uzur pun minta beli susu ni, sebab bila mereka
minum jadi sihat."
PENERIMA BANTUAN SUSU BULANAN (update 31/01/12)
1) Keluarga ibu tunggal& miskin di bawah naungan Baitul Fitrah, Bandar
Country Homes, Rawang
Jumlah: 20 susu/5anak
Pengantara:En Zaphir ( 0139219866)
2) Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin, Lenggong, Perak.
Jumlah: 20 susu / 5 orang
Pengantara: Cikgu Shahrizan (010-3850601/013-4847732)
3) Keluarga Anak Yatim &Fakir Miskin, Redang Panjang, Batu Kurau, Perak.
Jumlah : 28 susu/7 orang
Pengantara: En Jamaluddin (019-5414673 )
Catatan: Penerima susu dr tahun 2009. Mulai
Jun 2012..bantuan dihentikan atas permintaan pengantara kawasan Lenggong &
Redang Panjang. Atas sebab anak2 di sini sudah besar dan kepentingan kpd susu
berkurangan.
4)Rumah kebajikan Anak2 yatim&terbiar, OKU &warga tua
Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Teluk Intan.
Jumlah: 16 susu/ 4 orang (umur 6-4tahun)
Pengantara:Pn Rohana (013-4550013)
5)Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin, Pulau Pinang.
Jumlah: 8 susu/2 anak
(kembar-Abdul Rahman & Abdul Rahim, 2 tahun)
Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah
No 60, Sungai Pinang Village Area 11010 Balik Pulau Pulau pinang
(Puan Rohani 04-8661244 )
Pengantara: Pn Norhana (Tel: 0134226553)
6)Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin, kawasan Pasir Mas, Kelantan
Jumlah: 16 susu/4 orang
Pengantara: Cikgu Suzana 0199859571
(bermula FEB 2011)
-anak yatim & OKU
Catatan: Mulai 2012 telah berkurang menjadi 3
penerima,kerana satu keluarga telah berpindah.
7)Keluarga Fakir Miskin, Jeli, Kelantan
Jumlah : 8 susu/2 anak
Penerima: Azizah Awang Lah(017-9271410)
-ibu, anak 10 orang
Catatan: Mulai Jun
2012, telah berkurang pada seorang-Alif 2 tahun. Kerana abangnya, Adam 4tahun
lebih telah besar & keperluan kepada susu telah berkurang.
8)Keluarga Fakir Miskin, Flat Kayu
Ara:
Jumlah: 4 susu/1 anak
Penerima: Pn Umi (017-2365014 )
bermula OGOS 2011
-ibu tunggal kematian suami, 4 anak berumur 3 bulan hingga 11 tahun
9)Keluarga Fakir Miskin, Lembah Subang (12susu/3anak)
i) En Zainal (016-6247209-bapa, 3 anak, seorang anaknya cacat
penglihatan)(4susu/1anak)
ii) Nashanida bt Mohd Raus (OKU), anak yatim, ibu mualaf(Rohaya
0147223501) (4susu/1anak)
iii) Norbaizura(0108976519), ibu tunggal 3 anak umur 2-11tahun(yg sulung
OKU-penglihatan)
(4susu/1anak)**bermula OKTOBER 2011
PENERIMA BARU
Penambahan anak2 yatim & miskin untuk
menerima bantuan dilakukan sejak Jun 2012 secaraberperingkat. Insya-Allah mulai
OGOS 2012 ada 10 anak yang menjadi penerima baru
Mulai Jun
Nama Ibu: Norhayati Che Awang,38 ibu tunggal
kematian suami, tiada punca pendapatan
Alamat:
892, Jln Bunga Raya, Kg. Kubang Chenok, 17200 Rantau Panjang
Anak(yatim)
i.Muhd Amin Saifullah b Jali,14 bulan
ii.Nur Saidatul Nazihah bt Jali,3 bulan
Bagaimana sahabat boleh membantu:
1. Menjadi penyumbang tetap **RM80 utk
setiap anak yatim & miskin setiap bulan untuk kos pembelian dan
penghantaran 4 paket susu untuk seorang anak
yatim/miskin; atau
2. Sedekah seikhlas yang mampu ke
dalam Tabung Susu yang akan
dikumpulkan untuk menampung pembelian; atau
3. Membeli sambil beramal-setiap susu
tepung penuh krim Halib's
yang dijual dengan harga RM24.50(WM)/RM26.50(EM) dan RM1 bagi
setiap
pembelian akan disalurkan ke dalam Tabung Susu untuk Anak Yatim & Fakir
Miskin. (Untuk pembelian susu Halib's sila lawati
www.eksekutifsuri.com)
**RM80 bg 4 paket susu ialah kos terbaharu bermula 2012-anggaran kos
termasuk kos pembelian, penghantaran & pengurusan.
Sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Susu melalui akaun :
MAYBANK 164192049410 AHMAD NIZAM B AHMAD SHAFIEI
***akaun ini dikhaskan utk Tabung Susu utk Anak Yatim & Fakir Miskin
emailkan slip pembayaran ke anas702005@yahoo.com untuk rekod.
Maklumat lanjut: Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
Jutaan Terima kasih pada semua yang menghulurkan sokongan, sama ada yang
menderma dengan harta mereka atau yang memberi sokongan moral, masa &
tenaga serta menaruh kepercayaan kepada kami .
Semoga Allah Memberkati Rezeki & Usaha kita..amin