Welcome to the Hands of Love

Let's lend our helping hands to save the planet earth and those who are less fortunate.We can heal the world and make it a better place to live.
It's all in the hands of love. We can make the difference!

Monday, February 25, 2013


UPDATE - PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN AS AT FEB 2013

Pesanan dari Sanggar Suri..........................
 
Assalamualaikum

Semoga sihat sejahtera dan di bawah lindungan Allah sentiasa. Alhamdulillah sudah hampir 4 tahun projek ini berjalan.

Sanggar Suri & Team Misi Sinar Harapan merakamkan rasa terharu &mengucapkan setinggi2 penghargaan atas kesudian sahabat2 menyumbang secara istiqamah melalui ProjekTabung Susu utk Anak Yatim & Fakir Miskin.

Alhamdulillah dengan sumbangan ini, kami dapat membeli & mengagih2kan susu kepada anak2 yatim & fakir miskin di beberapa tempat & daerah di berapa negeri.

Untuk maklumat lanjut Projek Tabung Susu boleh diikuti dalam blog Sanggar Suri www.eksekutifsuri.blogspot.com
Di sebelah kanan bawah tajuk:
PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN

PERKEMBANGAN sehingga 07 FEB 2013

1. PERUBAHAN JUMLAH PENERIMA

Akibat beberapa sebab, antaranya: umur yang meningkat, ekonomi ibu bapa meningkat(terkeluar drp asnaf), berpindah ke tempat lain dll.
Kawasan Redang Panjang & Lenggong (Penerima susu sejak tahun 2009) Mulai Jun 2012..bantuan dihentikan atas permintaan pengantara kawasan Lenggong & Redang Panjang sendiri. Atas sebab anak2 di sini sudah besar dan kepentingan kpd susu berkurangan.

  • Kawasan Jeli, Alhamdulillah anak2 sihat & keluarga tidak sesusah dahulu.
  • Kawasan Subang: salah seorang penerima bantuan Nashanida (OKU) telah kembali ke Rahmatullah pada 6 Jan 2013. Ibunya, Puan Rohaya (mualaf&ibu tunggal) baru menjalani pembedahan(potong kaki) akibat diabetes pd bulan Disember 2012.


2. JUMLAH DANA BERKURANG

  • Tarikh pembelian & pengagihan susu pula bergantung pada dana yg diperolehi.
  • Dana yang berkurang menyebabkan ada masanya proses penyerahan tidak tetap.
  • Kutipan bulan Nov & Dis 2012 hanya cukup untuk peruntukan bulan Nov sahaja. Jadi bulan Dis 2012 tiada penyerahan susu.
  • Kutipan berkurang mungkin disebabkan oleh komitmen penderma terhadap hal lain terutama persediaan anak2 sekolah
  • Penderma tetap juga sudah berkurang, ada juga yang mengalami masalah ekonomi & ada komitmen lain.

Diharap kutipan seterusnya akan bertambah & lebih ramai kanak-kanak miskin daapat dibantu.
Maklumat & gambar penerima susu boleh dilihat di blog Sanggar Suri : PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN.
Ada juga rumah anak yatim @ keluarga yang meminta kami tidak menyiarkan nama anak2 di bawah jagaan mereka, kerana ada kes penyalahgunaan maklumat.
Jadi, sahabat2 boleh berkomunikasi terus dengan penjaga mereka (nama dan no tel disertakan dalam blog).

 

MAKLUMAT PENERIMA BANTUAN SUSU 2013

TEMPAT
PENGANTARA
JUMLAH
STATUS
1
Baitul Fitrah, Bandar Country Homes, Rawang
Zaphir (0139219866)
5
Anak yatim & fakir miskin bawah tanggunggan BFitrah
2
Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Teluk Intan
(RTAR)
Pn Rohana
(013-4550013)
4
Anak yatim, terbiar & OKU tanggunggan RTAR
3
Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah, Pulau Pinang
Pn Rohani
(04 8661244)
Norhana
(0134226553)
2
Anak ditinggalkan
4
Kawasan Pasir Mas, Kelantan
Cikgu Suzana
(019-9859571)
4
Oku, Anak Yatim & Fakir Miskin
5
Kawasan Machang,
Kelantan
Cikgu Suzana
(019-9859571)
4
Anak Fakir Miskin
6
Kawasan Rantau Panjang, Kelantan
T.Hj Haris(Mie)
(019-9107987)
10
Anak yatim & fakir miskin
7
PPRT Lembah Subang, PJ
Elly
(012-3614014)
2
Oku, Anak Yatim & Fakir Miskin
8
Flat Kayu Ara, PJ
Elly
(012-3614014)
1
Anak yatim & fakir miskin
JUMLAH
32

 
























JUMLAH PENERIMA:32 orang (128 susu)

KOS DIPERLUKAN: RM2560/bulan

Jutaan Terima kasih pada semua yang menghulurkan sokongan, sama ada yang menderma dengan harta mereka atau yang memberi sokongan moral, masa & tenaga serta menaruh kepercayaan kepada kami .

Semoga usaha kita ini dapat memberi peluang kepada anak2 ini membesar dengan lebih baik & menjadi anak yang soleh & solehah, berkat drp kemuafakatan kita berganding bahu membantu menyediakan bekalan susu untuk mereka. Amin

Semoga Allah Memberkati Rezeki & Usaha kita..amin

Elly012-3614014



No comments:

Post a Comment