Welcome to the Hands of Love

Let's lend our helping hands to save the planet earth and those who are less fortunate.We can heal the world and make it a better place to live.
It's all in the hands of love. We can make the difference!

Tuesday, January 8, 2013

Penerima Tabung Susu Meninggal Dunia

Salah seorang penerima bantuan Misi Sinar Harapan & Tabung Susu Sanggar Suri telah pulang ke Rahmatullah pada malam 6 Januari 2013 iaitu Adik Nashanida(OKU). Ibunya, Puan Rohaya seorang mualaf dan juga ibu tunggal baru sahaja menjalani pembedahan dimana kaki beliau terpaksa potong akibat diabetes bulan Disember 2012. Mereka tinggal di Flat PPRT Lembah Subang. Adik Nashanida adalah OKU semenjak dia berusia 2 tahun akibat demam panas. Mengikut cerita dari Puan Elly (dari Sanggar Suri), ibunya telah berkira-kira untuk menghantarnya ke rumah kebajikan kerana tidak mampu untuk menjaganya memandangkan keadaan ibunya yang sakit. Tetapi Allah lebih menyayanginya..
 
Sesiapa yg ingin memberi sumbangan kepada keluarga arwah adik Nashanida boleh lah berbuat demikian di akaun MBB 110107272588. Untuk pertanyaan lanjut , sila hubungi Siti Noorliyanti Khan di talian 013-343 9544 atau emel syeanti@gmail.com.
Jazakumullahu khairan kathira..

No comments:

Post a Comment