Welcome to the Hands of Love

Let's lend our helping hands to save the planet earth and those who are less fortunate.We can heal the world and make it a better place to live.
It's all in the hands of love. We can make the difference!

Thursday, January 3, 2013


Back To School Fund 2013

Salam Semua

Seperti yang di wawarkan sebelum ini mengenai Misi Sinar Harapan - Dana Kembali ke Sekolah 2013, di mana pengumpuan dana kembali kesekolah untuk golongan anak-anak yatim dan juga fakir miskin di jalankan setiap tahun. Sasarannya adalah untuk memberi sumbangan sebanyak RM100 kepada 100 pelajar iaitu barang-barang persekolahan temasuklah pakaian sekolah, kasut, beg & alat tulis. Seperti tahun-tahun terdahulu Hands of Love bekerja sama dengan Sanggar Suri untuk mengumpul dana tersebut.

Alhamdullillah, dalam masa lebih kurang 2 minggu sahaja kita telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM500 untuk Back to School Fund 2013.Terima kasih diucapkan tak terhingga kepada semua yang berhati mulia yang sudi memberi sumbangan dan juga yang  tidak pernah jemu menyokong charity team ini.

Maklumat Lanjut dari Sanggar Suri - Misi Sinar Harapan : Dana Kembali ke Sekolah 2013

Insya-Allah kami akan teruskan Misi Sinar Harapan :Misi Kembali ke Sekolah seperti tahun2 sebelum ini. Kami mulakan Misi ini bersama doa kepada Allah swt agar ada bantuan daripada-Nya untuk permudahkan urusan kami, jua dibukakan hati para sahabat untuk bersama2 berkongsi rezeki, sama ada dlm bentuk tenaga, masa & harta.

Kami akan bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain, bergantung kepada dana yang ada. Memandangkan musim tengkujuh sudah mula menjengah, kami akan selesaikan dulu Misi di kawasan2 biasa dilanda banjir, iaitu di kampung2 sekitar Rantau Panjang & Pasir Mas, Kelantan.

Alhamdulillah Misi di destinasi pertama-Rantau Panjang & Pasir Mas, Kelantan selesai pada 11-13NOV 2012. Seramai 57 orang kanak-kanak menerima beg,kasut & pakaian sekolah (lebih kurang RM70/anak), manakala pada 12 DIS 2012 ( Rabu ) Misi diselesaikan di Redang Panjang, Perak dengan penyerahan beg sekolah & wang tunai, keseluruhan bernilai RM70/anak untuk 25 orang anak yatim & fakir miskin.

Antara destinasi Misi Kembali ke Sekolah(bergantung pada dana)
 
1. Perkampungan miskin sekitar Rantau Panjang & Pasir Mas, Kelantan
2. Perkampungan miskin sekitar Lenggong, Perak.
3. Perkampungan miskin sekitar Redang Panjang, Perak
4. Perkampungan miskin sekitar Machang, Kelantan
5. Kawasan penempatan miskin bandar di P.Pinang
6. Kawasan2 lain bergantung pd info diterima

Target: 100 pelajar x RM100(pakaian sekolah, kasut, beg & alat tulis)

Untuk maklumat lanjut:
Elly 012-3614014  eksekutifsuri@yahoo.com.my

En Jamaluddin 0195414673 jamaluddinbinhassim@yahoo.com

atau lawati blog:


Semoga usaha kita ini dipermudahkan & diberkati Allah, dan menjadi bekal peneman kita di akhirat nanti. Amin

Elly012-3614014

No comments:

Post a Comment