Welcome to the Hands of Love

Let's lend our helping hands to save the planet earth and those who are less fortunate.We can heal the world and make it a better place to live.
It's all in the hands of love. We can make the difference!

Thursday, January 3, 2013


Projek Tabung Susu Untuk Anak Yatim & Fakir Miskin (update as at August 2012)

Maklumat lanjut Sanggar Suri www.eksekutifsuri.blogspot.com

"......kami lebih risau fikirkan macam mana nk beli beras, tak sempat nak fikir pasal nak beli susu..." Mat Zuki, nelayan anak 7 (umur 2-20tahun), Kelantan (6 Feb 2012)... insya-Allah ada rezeki Tabung Susu akan sampai ke sana.. sokongan sahabat2 diperlukan agar lebih ramai anak2 kecil ini dapat membesar dengan sempurna..amin..

PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN

Latar Belakang 

Projek Tabung Susu ini tercetus drp kisah2  yang menyentuh hati anak2 yatim & miskin yang kami temui sepanjang ziarah amal. Ada antara mereka yang diberikan susu campuran susu pekat yang dicairkan sahaja.  Kebanyakan mereka tidak meneruskan pengambilan susu selepas habis tempoh menyusu dgn susu ibu. Ada antara mereka yang kekurangan zat akibat berhenti menyusu lebih awal drp sepatutnya. Tambah malang lagi, ada di kalangan penerima susu ini yang terdiri drp anak2 yg ditinggalkan ibu sejak berumur bbrp hari lg.

Rentetan drp kisah2 yang dikongsi di blog ini, maka tercetuslah idea untuk mengumpul dana bagi membeli dan mengagih2kan bekalan susu ke kawasan2 perkampungan terpencil & kawasan2 miskin di bandar, dan juga di beberapa buah rumah anak yatim.

Projek ini bermula pada bulan Oktober 2009. Anjuran Eksekutifsuri.com (SanggarSuri) dengan kerjasama rakan2 FB, bloggers & egroups terutama drp UmmikuSayang Charity Team, Al-Jauhar & d'Redang dan juga dibantu secara istiqamah oleh sahabat kami, Puan Wan Noorbaya Wan Chik & Puan Suzana Hulaimi bersama rakan2nya.

Terima kasih pada sukarelawan yg membantu mengagih2kan bekalan susu ke pelosok2 kampung & kawasan2 miskin bandar, yang sudah tentunya memerlukan pengorbanan masa & tenaga, antaranya En Nizam (Subang, KL, Klang);  En Jamaluddin (Redang Panjang, Perak); En Zaphir (Rawang, Selangor); Cikgu Shahrizan ( Lenggong); Cikgu Suzana (Pasir Mas, Kelantan); Pn Norhana (P.Pinang); Cik Noranita (Tanah Merah, Kelantan). Semoga Allah membalas usaha sahabat2 dengan menganugerahkan kehidupan yg penuh keberkatan. Amin

Matlamat

Projek Tabung Susu dilancarkan bertujuan untuk mengumpul dana bagi membiayai kos pembelian susu untuk anak-anak kecil di kalangan keluarga miskin dan rumah2 anak yatim & fakir miskin agar bekalan susu dapat disediakan secara tetap setiap bulan.

Alhamdulillah proses penyerahan untuk setiap bulan dapat diselesaikan walaupun terdapat beberapa halangan dan kami terpaksa membeli susu secara berperingkat mengikut dana yang ada. Akibat kutipan dana yang tidak tetap setiap bulan, proses penghantaran susu juga terjejas, dan kadang2 pengagihan susu diberikan sekadar sedikit seorang tapi sama merasa.

Namun kami berharap Projek Tabung Susu yang sudah hampir 3 tahun dijalankan ini akan berjalan lancar untuk tahun2 seterusnya. Kami akan berusaha memastikan proses penyerahan dapat dijalankan pada setiap bulan. Sekiranya dana tidak mencukupi kami akan berusaha mendapatkan dana daripada sumber lain termasuk simpanan Tabung Suri (rujuk http://www.eksekutifsuri.com/).

Bagi mengatasi masalah ini, pemberian susu bermula Ogos 2010 hanya diutamakan kepada kanak-kanak berusia bawah 4 tahun, keutamaan kepada anak2 baru bercerai susu ibu dlm lingkungan 2 tahun. Ada juga kes2 tertentu susu disumbangkan juga kepada anak2 OKU.



MAKLUMAT SUSU

Salah satu faktor terpenting kenapa susu ini dipilih ialah Susu Halib's keluaran IMP (Islamic Manufacturer Practice) berkonsepkan Halalan Thoiyiba yg dibangunkan sepenuhnya oleh Bumiputera Muslim di Malaysia dan diproses mengikut Amalan Pengilangan Islam/Islamic Manufacturer Practise (IMP) yang berkonsepkan Halalan Thoiyyiba.

Setiap pekerjanya akan mengambil wuduk dan berdoa semasa memproses susu untuk kesejahteraan anak-anak yang meminum susu ini. Alhamdulillah dgn resipi tambahan (doa & amalan IMP) serta keberkatan perkongsian rezeki kita, anak2 yg meminum susu ini bukan sahaja membesar dgn sihat, malah akhlak & minat mereka pada ibadah semakin mendalam.
(Lihat Testimoni di bawah)

Susu ini bukan sahaja diformulakan semula dan diperkaya dengan DHA dan AHA malah ia juga mengandungi Kalsium, Kismis dan Kurma.

Kismis
Menurut pandangan pakar-pakar pembangunan kanak-kanak, kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalsium yang merupakan nutrisi penting untuk badan. Kismis juga mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak. Kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Kurma
Kurma ialah sejenis tumbuhan yang dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera. Kajian sains membuktikan buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium.Kanak-kanak amat digalakkan memakan buah kurma kerana ia dapat membantu dari segi proses pembesaran dan pembentukan minda kanak-kanak.

Seaweed Calsium
Seaweed Calsium diekstrak daripada rumpai laut yang merupakan kalsium organik yang paling mudah diserap olh tubuh kita. Ia merupakan sumber kalsium yang baik dan efektif untuk tubuh berbanding sumber kalsium yang lain.

L-Lysine
L-Lysine merupakan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita. Ia amat diperlukan oleh tubuh kerana ia membantu dalam penyerapan kalsium.

 

TESTIMONI 


1. Pn Rohana (Penjaga RTAR)
 "Alhamdulillah budak2 ni dah semakin sihat & badan dah bersemangat. Susu ni jadi makanan tambahan kalau ada penghuni yang demam, kami cepat2 bagi susu ni dan Alhamdulillah cepat sembuh"

2. Pn Umi (Kg Sg Ara)
"Syukur sangat2..anak2 saya bukan sahaja sihat tapi senang nak didik. Dulu nak kena suruh2, sekarang tak perlu suruh, dengan sendiri suka mengaji dan solat. Menghafal pun senang. Anak yg umur 4 tahun dah dapat hafaz surah Kursi"

3. En Jamaluddin (pengantara negeri Perak)
"Alhamdulillah anak2 yang terima susu ni semakin sihat. Mana2 yang selalu sakit dah sihat. Orang2 tua yang uzur pun minta beli susu ni, sebab bila mereka minum jadi sihat."


PENERIMA BANTUAN SUSU BULANAN (update 31/01/12)

1) Keluarga ibu tunggal& miskin di bawah naungan Baitul Fitrah, Bandar Country Homes, Rawang
Jumlah: 20 susu/5anak
Pengantara:En Zaphir ( 0139219866)


2) Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin, Lenggong, Perak.
 Jumlah: 20 susu / 5 orang
 Pengantara: Cikgu Shahrizan (010-3850601/013-4847732)

3) Keluarga Anak Yatim &Fakir Miskin, Redang Panjang, Batu Kurau, Perak.
 Jumlah : 28 susu/7 orang
 Pengantara: En Jamaluddin (019-5414673 )

Catatan: Penerima susu dr tahun 2009. Mulai Jun 2012..bantuan dihentikan atas permintaan pengantara kawasan Lenggong & Redang Panjang. Atas sebab anak2 di sini sudah besar dan kepentingan kpd susu berkurangan.


4)Rumah kebajikan Anak2 yatim&terbiar, OKU &warga tua

 Rumah Titian Ashraful Rohaniah, Teluk Intan.
Jumlah: 16 susu/ 4 orang (umur 6-4tahun)

Pengantara:Pn Rohana (013-4550013)


5)Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin, Pulau Pinang.
Jumlah: 8 susu/2 anak
(kembar-Abdul Rahman & Abdul Rahim, 2 tahun)




Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah
No 60, Sungai Pinang Village Area 11010 Balik Pulau Pulau pinang
(Puan Rohani 04-8661244 )
Pengantara: Pn Norhana (Tel: 0134226553)


6)Keluarga Anak Yatim & Fakir Miskin, kawasan Pasir Mas, Kelantan
 Jumlah: 16 susu/4 orang
Pengantara: Cikgu Suzana 0199859571
(bermula FEB 2011)
-anak yatim & OKU

Catatan: Mulai 2012 telah berkurang menjadi 3 penerima,kerana satu keluarga telah berpindah.


7)Keluarga Fakir Miskin, Jeli, Kelantan
Jumlah : 8 susu/2 anak
 Penerima: Azizah Awang Lah(017-9271410)
-ibu, anak 10 orang

Catatan: Mulai Jun 2012, telah berkurang pada seorang-Alif 2 tahun. Kerana abangnya, Adam 4tahun lebih telah besar & keperluan kepada susu telah berkurang.

8)Keluarga Fakir Miskin, Flat Kayu Ara:
Jumlah: 4 susu/1 anak
Penerima: Pn Umi (017-2365014 )
bermula OGOS 2011
 -ibu tunggal kematian suami, 4 anak berumur 3 bulan hingga 11 tahun


9)Keluarga Fakir Miskin, Lembah Subang (12susu/3anak)


i)    En Zainal (016-6247209-bapa, 3 anak, seorang anaknya cacat
penglihatan)(4susu/1anak)


 ii)  Nashanida bt Mohd Raus (OKU), anak yatim, ibu mualaf(Rohaya 0147223501) (4susu/1anak)



iii)  Norbaizura(0108976519), ibu tunggal 3 anak umur 2-11tahun(yg sulung OKU-penglihatan)
(4susu/1anak)**bermula OKTOBER 2011 


PENERIMA BARU

Penambahan anak2 yatim & miskin untuk menerima bantuan dilakukan sejak Jun 2012 secaraberperingkat. Insya-Allah mulai OGOS 2012 ada 10 anak yang menjadi penerima baru

 
Mulai Jun

 
Nama Ibu: Norhayati Che Awang,38 ibu tunggal kematian suami, tiada punca pendapatan

Alamat:  892, Jln Bunga Raya, Kg. Kubang Chenok, 17200 Rantau Panjang

 
Anak(yatim)
i.Muhd Amin Saifullah b Jali,14 bulan
ii.Nur Saidatul Nazihah bt Jali,3 bulan


Bagaimana sahabat boleh membantu:

1. Menjadi penyumbang tetap **RM80 utk setiap anak yatim & miskin setiap bulan untuk kos pembelian dan penghantaran 4 paket susu untuk seorang anak
yatim/miskin; atau

2. Sedekah seikhlas yang mampu ke dalam Tabung Susu yang akan
dikumpulkan untuk menampung pembelian; atau

3. Membeli sambil beramal-setiap susu tepung penuh krim Halib's
yang dijual dengan harga RM24.50(WM)/RM26.50(EM) dan RM1 bagi setiap
pembelian akan disalurkan ke dalam Tabung Susu untuk Anak Yatim & Fakir
Miskin. (Untuk pembelian susu Halib's sila lawati
www.eksekutifsuri.com)

**RM80 bg 4 paket susu  ialah kos terbaharu bermula 2012-anggaran kos termasuk kos pembelian, penghantaran & pengurusan.

Sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Susu melalui akaun : 
MAYBANK 164192049410 AHMAD NIZAM B AHMAD SHAFIEI

***akaun ini dikhaskan utk Tabung Susu utk Anak Yatim & Fakir Miskin
emailkan slip pembayaran ke anas702005@yahoo.com untuk rekod.

Maklumat lanjut: Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my

Jutaan Terima kasih pada semua yang menghulurkan sokongan, sama ada yang menderma dengan harta mereka atau yang memberi sokongan moral, masa & tenaga serta menaruh kepercayaan kepada kami .

Semoga Allah Memberkati Rezeki & Usaha kita..amin



No comments:

Post a Comment